|

Kemalangan : Seorang Maut Seorang Cedera Ringan


Tawau, 22 Ogos - Seorang lelaki berumur 21 terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Utara di sini pagi Isnin.

Dalam kemalangan pada 8.40 pagi itu, lelaki yang identitinya belum dikenal pasti, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dari Merotai ke arah bandar Tawau memasuki lorong kanan ketika cuba mengelak sebuah lori yang berada di hadapannya.

Bas itu kemudian bertembung dengan dua buah motorsikal, yang salah satunya ditunggangi mangsa.

Penunggang sebuah motosikal lagi, seorang lelaki berumur 49 tahun, mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kiri.

Posted by Tawau Kini on 7:45 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

Blog Archive

Labels

Recently Added